Assalammualaikum wbt
Membebel lagi...
Membebel lagi...
Setelah sekian lama blog ini bersawang, hari ini tergerak hati ingin berkongsi rasa di sini. Alhamdulillah saya dapat puteri keempat. Pada 22 April 2014 jam 9.08 pagi dengan berat 3.20kilogram dilahirkan di HOTAR. Banyak sungguh kisah yang telah berlalu. Ada yang saya ingat ada yang saya lupa. Hari ini genap 55 hari saya berpantang dah keluar kawan tiap bulan. Hairan tapi ajaib. Semuanya berlaku atas kehendak ALLAH. Saya terima dengan berlapang dada. Bayi keempat saya ini akan susu badan sehingga cuti bersalin saya tamat 60 hari. Selepas ini Bayi akan mula mengenal susu tepung formula jenama Dupro Dumex - sentiasa pilihanku untuk anak-anakku. Untuk 3 orang hero - mereka suka minum milo.
Sudah seminggu tubuh saya diserang penyakit. Mungkin kudis berair ini akan hilang jika kena cara. Seluruh tubuh penuh gatal dan pedih. Saya sedang memikirkan puncanya. Selepas bayi pulih dari diserang ruam panas seluruh badan, saya pula diserang penyakit ini. Apalah nasib.
Untuk kesibukan buat kesekian kalinya. Penat dan stress tapi seronok layan anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan