Ready Stock
RM35 termasuk poslaju
Seluruh Malaysia Sahaja
NAK KU AJARKAN BERCINTA
(versi cetak 2016)
Prolog
WAJAH bersih tanpa jerawat yang sedang memandang jauh ke permukaan
tasik di hadapan Rock tenung lama.
Cantik! Secantik anugerah yang
begitu siapa pun yang memandang pasti terpikat.
Terikat. Oh hati kenapa perlu ada
debaran tanpa dipinta. Setiap kali mata mengawasi wajah itu, merenung dan
mentafsir apa yang ada dalam minda gadis di hadapannya itu. Entah apa yang sedang berlaku dalam dunia
jiwa gadis tersebut. Dunia jiwanya
sedang berperang hebat. Peluru
sana-sini. Meletup sana-sini. Ah hati kenapa ni? Rock gelisah tanpa tahu punca.
Inikah tanda cinta
terhadap sesama manusia? Gadis itu apa
yang merunsingkannya? Oh hati cuba
dengar cakap tuan badan. Empunya badan
ini belum bersedia memulakan rasa cinta itu sendiri. Tapi mama, nak dia segera cari isteri. Macam mencari mee segera saja kat
pasaraya. Ya Tuhan! Kenapa dia tiba-tiba gelisah tak menentu ni. Semakin direnung wajah gadis di hadapannya
itu semakin rancak berpesta sakan jiwanya di dalam. Apa ni...
“Apa ni?” jerit gadis itu tiba-tiba.
Terkebil-kebil mata
Rock melihat adegan kurang wajar berlaku di depan matanya. Apa kes pulak tu? Kacau daun sungguh dia nak menikmati
keindahan ciptaan Tuhan itu. Sudahlah
dia sedang melayan jiwa kacaunya.
Berlaku pula benda-benda yang melibatkan perempuan di depan
matanya. Kenapa tidak di depan orang
lain kenapa mesti di depan matanya.
Entah kenapa dia
rasa ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang berlaku di hadapan matanya
itu. Lantas, Rock berdiri menyapu
punggung membersihkan daun-daun kering.
Sejak dari tadi dia duduk atas tanah beralaskan daun-daun pokok yang
telah mati sambil merenung ke tasik buatan manusia di hadapannya itu. Seketika keindahan Tasik di Syeksen 7, Shah
Alam tercemar dengan bunyi jeritan itu.
“Kenapa tak
boleh?” jerkah lelaki itu pada gadis
itu. Itu yang didengari Rock sebaik
menghampiri mereka.
Sudah adegan
tolak-menolak gadis itu tetap mempertahankan diri. Isk!
Tak boleh jadi. Tak boleh jadi.
“Apa lagi yang awak
tak puas hati?” naik berang gadis itu
sudah menjerit.
Terhinjut sedikit
bahu Rock mendengar suara kuat itu. Ek,
nampak aje cantik tapi perangai ya Tuhan.
Benarlah kata orang don’t judge a book by its cover.
Niat nak menolong
jadi terbantut.
Pertengkaran antara
duanya itu berlarutan.
“Kurang ajar punya
perempuan!” sumpah lelaki itu pula sudah
naik tangan.
Eh! Eh!
Eh!
Mana boleh jadi
ni. Dia kena masuk campur bila ada
kejadian tidak elok di depan matanya.
Apa lagi melibatkan pukul-memukul perempuan. Mama adalah ratu di hatinya. Apa lagi wanita-wanita lain di luar sana.
“Assalammualaikum!” salam dihulur. Kedua-duanya memandangnya dengan wajah
berkerut.
“Wa’alaikummussalam,”
Gadis itu menyambut salam yang diberi.
Lelaki itu pula buat
muka dan tidak jadi menampar si gadis.
Segera menurunkan tangan. Tahu
takut! Macam kacak sangat dengan wajah
putih bersih dia tu. Dia lagi
kacak. Perasan sekejap. Dia nak bersantai-santai pun terganggu. Walaupun malas nak masuk campur tapi rasanya
tak wajar membiarkan lelaki itu memperlakukan gadis itu sebegitu. Itu pada pendapat dia.
“Kenapa ni?” soalnya mesra macam dia kenal sangat dengan
gadis itu. Sejuk hatinya kerana gadis
itu membalas salam yang diberi.
Orang yang baik-baik
akan tahu salam wajib dijawab. Lelaki
teman si gadis terus buat muka. Sedarlah
tu kesilapan diri sendiri. Salam diberi
tak dijawab.
“Excuse me!” lelaki itu menegur.
“Abang!” tiba-tiba sahaja gadis itu meluru ke arah
Rock. Tiba-tiba pula gadis itu
bersembunyi di belakang badannya. Eh
apasal pulak ni? Sejak bila pula dia
jadi abang pada gadis itu? Rock
berpaling memandang wajah si gadis yang tidak diketahui namanya. Mata gadis itu seperti berbicara sesuatu.
“Salsa... siapa ni?”
soalan lelaki itu mengalihkan pandangan Rock.
Salsa! Nama gadis ini Salsa. Erk... Salsa?
Salsa? Eh apasal pulak dia
ulang-ulang nama gadis tu. Kemudian
pandangan Rock berkalih ke arah Salsa.
Wajah Salsa nampak mengharap sangat bantuannya. Hish! Tak boleh jadi ni lama-lama pandang
gadis bernama Salsa ini hati dia dah rasa lain macam. Sejak duduk tadi.
“Salsa???” suara lelaki itu bergema lagi.
“Sini!!!” lelaki itu cuba menarik tangan Salsa di
belakang Rock.
“Abang,
tolong!” Salsa bersuara. Membantah.
Dia menjadi macam pokok pula di tengah-tengah mereka sedang keliling
kejar-mengejar.
“Eh diam!” tegas Rock bersuara. Macam halilintar suara Rock bergema.
Kedua-duanya berhenti dan memandang wajahnya.
“Saudara, tak elok
berkasar dengan Salsa. Ada apa-apa
masalah bincang elok-elok,” Rock cuba meleraikan.
“Mind your own
business!” lelaki itu mula naik
angin. Nafas sudah
tercungap-cungap. Tak dapat nak tangkap
Salsa.
Badan Rock ditolak
kasar. Rock terundur selangkah ke
belakang.
“Kau jangan nak
sibuk!” sergah lelaki itu lagi.
“Aku abang dia
kenapa aku tak boleh masuk campur!”
tegas Rock bernada amaran.
Terhenti seketika
lelaki itu. kemudian terus cabut lari.