Selasa, 28 April 2015

NEW SINOPSIS FOR SI PEMBURU HANGAT



SINOPSIS

Kalaulah Areej tahu betapa hebatnya cintanya.  Mahu melonjak ke bintang gadis itu.  Dia sudah bersedia mahu menyunting Areej sebagai suri dalam hidupnya.  Dari dulu kini dan selamanya, cuma Areej sahaja yang enggan beri peluang.  Mengapa Areej? – Emran Esmail mendambakan cinta seorang gadis bernama Areej Wardah Rosdi. 

Ah!  Kau kejar aku lari.  Aku berhenti kau merajuk.  Begitulah kita dari dulu.  Kalaulah kau tahu kau sudah ada dalam hatiku sejak dulu sejak kau tinggalkan aku.  Oleh kerana aku takut.  Takut pada bayang semalam.  Takut seorang lelaki yang aku sayang, yang aku harapkan akan tinggalkan aku sebagaimana ayah aku biarkan aku hidup sendiri.  Ayah aku tinggalkan aku. – bicara seorang Areej Wardah Rosdi yang mengharap pengertian seorang lelaki bernama Emran Esmail.

Sampai bila Emran harus terus memburu cinta seorang Areej.  Kisah silam muncul bersama sebuah nama Maizurah.  Mampukah Areej menerima kenyataan bila ayahnya sendiri memberi kata putus dalam hubungan ‘tak pasti’ dengan Emran.