Selasa, 21 Oktober 2014

ISTINJAK

Assalammualaikum,

Apa itu Istinjak?

Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
 
Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).
 Sabda Rasulullah S.A.W.:
 Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)

Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   air mutlak;
(b)   benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.
 
4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   bahan-bahan makanan seperti roti;
(b)   tulang-tulang binatang;
(c)   kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.
 
 CARA BERISTINJAK
 
1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :
 (a) menggunakan air mutlak;
     i.     bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
          ii.       pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.
     (b)  menggunakan benda kesat atau batu
     i.     hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
          ii.      jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu  tersebut,
         iii.       sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.
     (c) menggunakan air dan batu;
    i.     menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
          ii.     kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya
                   Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).
 
2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.
 
3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:
 (a) alat tersebut kering dan bersih;
(b) alat tersebut bukan daripada benda yang
(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;
(d) najis tersebut masih belum kering;
(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;
(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.
 
Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:
 
(a)  menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;
(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;
(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;
(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;
(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.

Isnin, 20 Oktober 2014

SERTU

Assalammualaikum,

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali     dan satu kali dengan air tanah.
3.Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT
 
1.  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2.  Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.
3.  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.
4.  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
5.  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahanyang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
6.  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.

Ahad, 19 Oktober 2014

APA ITU SAMAK

Assalammualaikum,

SAMAK
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:                   
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)