Sabtu, 24 November 2012

Berpisah Jua

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejaterah

ZIANA Zain adalah favourite RS. Lagu berpisah jua ini menusuk jiwa lirik dan nada muziknya.  Mari lihat apakah maksud lirik ini di bawah :-

Tiada manisan dalam madunya 
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telahku tabur kasih dan cinta
Telahku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

(Verse 2)
Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi daya ku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan 
Tiada senyum aku girangkan 
Segalanya hilang cuba ku tahan 
Berpisah jua... oh... oh... 

Chorus: 
Kerana cintaku dan kasihku 
Airmataku jatuh berlinang
Mengalir kerana setia terhadapmu 
Telah dibuang ketepi 
Kerana janjimu dan sumpahmu 
Airmata ku jatuh berlinang
Mengalir kerana itulah peganganku 
Telah dilupa segalanya 
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua... oh... oh...
Berpisah jua... 
(Repeat Verse 2 & Chorus)


Tatitu...
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYe
BiTiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYer
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYer

Khamis, 22 November 2012

Siapa Dia?

TAHUKAH ANDA?

1. Dialah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dialah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.


3) Dialah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.


4) Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.


5) Dialah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.


6) Dialah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.


7) Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj/Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.


8) Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.


9) Dialah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.


10) Dialah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.


Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, 
Mantans PERDANA MENTERI MALAYSIA Ke-4
dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan;
PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. 
Terima kasih Tun!
Mari bermuhasabah.
Tatitu...  

Khamis, 15 November 2012

Nota RS

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
Sekelumit nota RS:

"Angan-angan dalam cari pasangan, jangan cari pasangan dalam angan-angan." - AADC,

Tatitu...

Rabu, 14 November 2012

Mandi Wajib

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Sunat Ketika Mandi Wajib

  • Menghadap kiblat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh dua tapak tangan
  • Mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • Berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • Tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • Membasuh sebanyak tiga kali.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.


Mandi untuk kebaikan.

Tatitu...


itu

Selasa, 13 November 2012

Fuh! Yo!!!

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
715,309,389 INI adalah nombor Oppa Gangnam Style RS yang kebetulan RS menontonnya di Youtube.  Bukan satu juta tapi Tujuh Ratus Juta.  Sukar untuk percaya angka ini yang menunjukkan lagu ini diminati oleh segelintir manusia di dalam muka bumi ini.  
RS kagum.
Tatitu...

Jumaat, 9 November 2012

RS dan Saya

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

BUAT mereka yang mengerti.  Sebenarnya tiada topik untuk menulis di blog tetapi oleh kerana 'pesan' seseorang agar RS rajin latih jari jemari menari di sini.  Serba ringkas perkongsian harian dari RS.  Kali ini RS akan menggunakan kata ganti 'saya' kepada 'RS'.  RS yang bermaksud singkatan dari nama pena iaitu 'Rini Syanira'.  

Serba ringkas dari RS.

Ketemu kemudian di masa hadapan.

Tatitu...

Isnin, 5 November 2012

Petikan Kegemaran

"Memulakan sesuatu itu adalah amat sukar, dalam pencarian itu akan menemui kegagalan namun begitu lebih baik mencuba dari tidak berpeluang langsung."