28/10/2012 - 4.15 p.m
Kembali lagi...
Bismillahir Rahmanir Rahim
Selamat menyambut aidil adha, untuk itu saya bersyukur kerana selamat melahirkan anak ketiga pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H, pada jam 1.15 petang, seorang lagi hero dalam keluarga dengan berat 3.70kg yang tidak sampai 5 minit di lahirkan. Suatu nikmat dan suatu keajaiban merasai dan melalui proses bersalin yang benar-benar normal. Alhamdulillah kini bayi tersebut sudah berusia 18 hari.
Bayi pula hari ini menghidap ruam susu, bila saya membuat carian di internet dengan bantuan mr.google ada pelbagai cara dan ubat boleh digunakan bagi menghilangkan ruam susu pada bayi. Rupa-rupanya kaedah paling mudah untuk menghilangkan ruam susu adalah dengan jilatan ibu sendiri, guna air ludah ibu di tempat ruam susu tersebut. Tidak perlukan ubat yang penting jika ketika menyusu, susu ibu terkena kulit bayi pastikan bersihkan dengan kadar segera kerana kulit bayi sensitif pada kandungan susu ibu.
Bagi kembung perut bayi pula saya menggunakan minyak telon, sapukan minyak telon dari paras lutut bayi hingga ke bawah. Insya'Allah bayi akan kentut, berak dan kencing kerap amat baik bagi bayi jaundis.
Untuk saya sendiri, keraplah ambil peluang untuk berehat dan tidur bila bayi tidur supaya cukup tidur dan bila bayi bangun dan merengek pada waktu malam saya boleh bangun tanpa ada sebarang masalah. Jika boleh elakkan bermain dengan air sejuk jika tidak sudah pasti sakit urat dan payu dara berdenyut dan tubuh menggigil kesejukan. Pastikan ada minyak panas Orang Kampung - Minyak Merah jika anda di serang sejuk sapu pada seluruh badan.
Jarak anak sebelum dengan bayi baru ini adalah 3 tahun membuat saya rasa saya seperti mendapat anak pertama tidak tahu apa-apa kerana saya lupa atau tidak ingat. Lagipun saya tidak pernah membuat catatan mengenai penjagaan bayi bagi anak-anak saya sebelum ini. Semuanya bergantung kepada kekuatan daya ingatan saya semata-mata. Rupanya sebagai seorang manusia ada banyak benda saya lupa. Apatah lagi yang saya lahirkan adalah hero kesemuanya. Namun begitu saya gembira semuanya sihat-sihat belaka.
Itu sebahagian kisah dulu, ada masa saya sambung lagi.
tatitu...
Kembali lagi...
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
Selamat menyambut aidil adha, untuk itu saya bersyukur kerana selamat melahirkan anak ketiga pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H, pada jam 1.15 petang, seorang lagi hero dalam keluarga dengan berat 3.70kg yang tidak sampai 5 minit di lahirkan. Suatu nikmat dan suatu keajaiban merasai dan melalui proses bersalin yang benar-benar normal. Alhamdulillah kini bayi tersebut sudah berusia 18 hari.
Saya masih dalam suasana berpantang, anak dapat jaundis tapi tidak di peringkat kritikal. Tinggi bacaan bilirubin pun hanya mencecah 226. sekiranya mencecah 260 sudah tentu saya dan bayi masuk wad. selama 14 hari saya ulang alik ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk bayi di ambil darah melalui tumit kaki. Adakalanya bayi menangis tanpa henti bila darah di ambil adakalanya macam tak ada bunyi apa-apapun.
Untuk tempoh 14 hari selepas bersalin, saya tidak menjamah jamu atau daun herba sekalipun kerana ianya tidak baik untuk bayi yang menghidap jaundis. Berbengkung pun tidak kerana bengkung bermula pada hari ke 15 selepas bersalin. Bayi yang menyusukan susu ibu mudah mendapat jaundis kerana herba atau jamu yang di makan oleh si ibu. Untuk urutan ibu-ibu bersalin, saya telah mengambil pakej 3x urutan 3 hari berturut-turut pada hari ke 4 dengan kos RM200. Setiap hari saya bertungku.