Sabtu, 24 November 2012

Berpisah Jua

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejaterah

ZIANA Zain adalah favourite RS. Lagu berpisah jua ini menusuk jiwa lirik dan nada muziknya.  Mari lihat apakah maksud lirik ini di bawah :-

Tiada manisan dalam madunya 
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telahku tabur kasih dan cinta
Telahku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

(Verse 2)
Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi daya ku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan 
Tiada senyum aku girangkan 
Segalanya hilang cuba ku tahan 
Berpisah jua... oh... oh... 

Chorus: 
Kerana cintaku dan kasihku 
Airmataku jatuh berlinang
Mengalir kerana setia terhadapmu 
Telah dibuang ketepi 
Kerana janjimu dan sumpahmu 
Airmata ku jatuh berlinang
Mengalir kerana itulah peganganku 
Telah dilupa segalanya 
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua... oh... oh...
Berpisah jua... 
(Repeat Verse 2 & Chorus)


Tatitu...
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYe
BiTiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYer
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

( korus )
Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

( bridge )
Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-berpisah-jua-ziana-zain.html#ixzz2D6pXAYer

Khamis, 22 November 2012

Siapa Dia?

TAHUKAH ANDA?

1. Dialah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dialah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.


3) Dialah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.


4) Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.


5) Dialah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.


6) Dialah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.


7) Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj/Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.


8) Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.


9) Dialah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.


10) Dialah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.


Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, 
Mantans PERDANA MENTERI MALAYSIA Ke-4
dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan;
PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. 
Terima kasih Tun!
Mari bermuhasabah.
Tatitu...  

Khamis, 15 November 2012

Nota RS

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
Sekelumit nota RS:

"Angan-angan dalam cari pasangan, jangan cari pasangan dalam angan-angan." - AADC,

Tatitu...

Rabu, 14 November 2012

Mandi Wajib

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Sunat Ketika Mandi Wajib

  • Menghadap kiblat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh dua tapak tangan
  • Mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • Berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • Tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • Membasuh sebanyak tiga kali.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.


Mandi untuk kebaikan.

Tatitu...


itu

Selasa, 13 November 2012

Fuh! Yo!!!

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
715,309,389 INI adalah nombor Oppa Gangnam Style RS yang kebetulan RS menontonnya di Youtube.  Bukan satu juta tapi Tujuh Ratus Juta.  Sukar untuk percaya angka ini yang menunjukkan lagu ini diminati oleh segelintir manusia di dalam muka bumi ini.  
RS kagum.
Tatitu...

Jumaat, 9 November 2012

RS dan Saya

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

BUAT mereka yang mengerti.  Sebenarnya tiada topik untuk menulis di blog tetapi oleh kerana 'pesan' seseorang agar RS rajin latih jari jemari menari di sini.  Serba ringkas perkongsian harian dari RS.  Kali ini RS akan menggunakan kata ganti 'saya' kepada 'RS'.  RS yang bermaksud singkatan dari nama pena iaitu 'Rini Syanira'.  

Serba ringkas dari RS.

Ketemu kemudian di masa hadapan.

Tatitu...

Isnin, 5 November 2012

Petikan Kegemaran

"Memulakan sesuatu itu adalah amat sukar, dalam pencarian itu akan menemui kegagalan namun begitu lebih baik mencuba dari tidak berpeluang langsung."

Ahad, 28 Oktober 2012

Putera Ke-3

28/10/2012 - 4.15 p.m

Kembali lagi...

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Selamat menyambut aidil adha, untuk itu saya bersyukur kerana selamat melahirkan anak ketiga pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H, pada jam 1.15 petang, seorang lagi hero dalam keluarga dengan berat 3.70kg yang tidak sampai 5 minit di lahirkan.  Suatu nikmat dan suatu keajaiban merasai dan melalui proses bersalin yang benar-benar normal.  Alhamdulillah kini bayi tersebut sudah berusia 18 hari. 

Saya masih dalam suasana berpantang, anak dapat jaundis tapi tidak di peringkat kritikal.  Tinggi bacaan bilirubin pun hanya mencecah 226.  sekiranya mencecah 260 sudah tentu saya dan bayi masuk wad.  selama 14 hari saya ulang alik ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk bayi di ambil darah melalui tumit kaki.  Adakalanya bayi menangis tanpa henti bila darah di ambil adakalanya macam tak ada bunyi apa-apapun.

Untuk tempoh 14 hari selepas bersalin, saya tidak menjamah jamu atau daun herba sekalipun kerana ianya tidak baik untuk bayi yang menghidap jaundis.  Berbengkung pun tidak kerana bengkung bermula pada hari ke 15 selepas bersalin.  Bayi yang menyusukan susu ibu mudah mendapat jaundis kerana herba atau jamu yang di makan oleh si ibu.  Untuk urutan ibu-ibu bersalin, saya telah mengambil pakej 3x urutan 3 hari berturut-turut pada hari ke 4 dengan kos RM200.  Setiap hari saya bertungku.

Bayi pula hari ini menghidap ruam susu, bila saya membuat carian di internet dengan bantuan mr.google ada pelbagai cara dan ubat boleh digunakan bagi menghilangkan ruam susu pada bayi.  Rupa-rupanya kaedah paling mudah untuk menghilangkan ruam susu adalah dengan jilatan ibu sendiri, guna air ludah ibu di tempat ruam susu tersebut.  Tidak perlukan ubat yang penting jika ketika menyusu, susu ibu terkena kulit bayi pastikan bersihkan dengan kadar segera kerana kulit bayi sensitif pada kandungan susu ibu.

Bagi kembung perut bayi pula saya menggunakan minyak telon, sapukan minyak telon dari paras lutut bayi hingga ke bawah.  Insya'Allah bayi akan kentut, berak dan kencing kerap amat baik bagi bayi jaundis.

Untuk saya sendiri, keraplah ambil peluang untuk berehat dan tidur bila bayi tidur supaya cukup tidur dan bila bayi bangun dan merengek pada waktu malam saya boleh bangun tanpa ada sebarang masalah.  Jika boleh elakkan bermain dengan air sejuk jika tidak sudah pasti sakit urat dan payu dara berdenyut dan tubuh menggigil kesejukan.  Pastikan ada minyak panas Orang Kampung - Minyak Merah jika anda di serang sejuk sapu pada seluruh badan.

Jarak anak sebelum dengan bayi baru ini adalah 3 tahun membuat saya rasa saya seperti mendapat anak pertama tidak tahu apa-apa kerana saya lupa atau tidak ingat.  Lagipun saya tidak pernah membuat catatan mengenai penjagaan bayi bagi anak-anak saya sebelum ini.  Semuanya bergantung kepada kekuatan daya ingatan saya semata-mata.  Rupanya sebagai seorang manusia ada banyak benda saya lupa.  Apatah lagi yang saya lahirkan adalah hero kesemuanya.  Namun begitu saya gembira semuanya sihat-sihat belaka.

Itu sebahagian kisah dulu, ada masa saya sambung lagi.

tatitu...

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadhan

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
Baru dapat masuk blog.  dah 5 hari umat islam berpuasa tahun 2012. Alhamdulillah saya juga dapat berpuasa dengan baik bersama kandungan yang hampir 28 minggu.  hari ini 26 Julai 2012 nak review dan scaning.  hope baby sihat dan ibunya pun sihat.  saya agak anak lelaki tengok pada fizikal dan tabiat bond-bond (anak ke-2).  ramai anak perempuan suka pada saya bila bertemu (satu lagi klise prediction orang tua-tua).  agak-agak anda?

26/07/2012 - 12.52pm

Jumaat, 27 April 2012

Kerja Atau Kesihatan Atau Percutian


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Begitu lama masa yang saya ambil untuk masuk semula ke sini.  Menulis satu catatan baru yang akan menjadi sebuah nota dan nostalgia.  Untuk makluman semua, blog ini bukan tidak aktif tetapi saya sedang dalam tahap kesibukan melampau kerana dunia auditing mempunyai due date tersendiri.  Kesibukan itulah yang menghalang saya dari mencoret sedikit kisah di blog ini.  Ditambah lagi kesihatan saya semakin merosot.  Saya memerlukan rehat yang panjang, tetapi saya juga memerlukan rawatan alternatif yang lain.  Adakah saya mampu melaluinya tanpa mengikut jadual ketat seperti berikut : 
  1. Mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh +/- 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan makanan segera.
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi ubat milk of magnesia dan sebagainya.

Mengelakkan makanan seperti di atas sedangkan saya tidak mengetahui makanan jenis apakah yang sesuai di makan oleh saya?  Boleh tak saudara saudari sekalian memberikan cadangan jenis makanan untuk saya?

Selain itu, sempena KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOKS FAIR 2012.  yang diadakan pada 27 April Sehingga 6 Mei 2012.  Saya akan hadir ke PWTC pada 28 April sebagai pengunjung.  Insya'Allah.  Jika diizinkan ALLAH kita akan bertemu dan bersua muka.

Harapan saya agar kesihatan saya pulih sediakala, kerja saya selesai dengan sempurna dan pergi dan balik saya ke Kuala Lumpur dengan perjalanan yang selamat.

Terima kasih daun keladi, lain masa kita bercerita lagi.

27/04/2012 - 09.07am
 

Selasa, 10 Januari 2012

Tahun 2012

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan selamat sejahtera;

Syukur, saya masih menghirup udara bumi.  Alhamdulillah segala cabaran dan dugaan 2011 telah menjadi satu rentetan dalam sejarah hidup ini.  Tetapi pada yang masih belum mempunyai jawapan saya mengharapkan petunjuk kebenaran ALLAH yang Maha Mengetahui.  Siapa saya untuk meletakkan sesuatu itu sebagai fitnah?  Namun apa yang saya alami itulah fitnah.

Kebenaran akan menunjukkan wajahnya suatu saat nanti.  Azam tahun baru sempena 2012 ini, saya mahu memberi prestasi dan kerja yang terbilang.  doakan bersama ye.

itu dulu update tak seberapa kerap.  maaf.