Bab 2
NORA dan Sarah diam membisu.
Melepak di bilik Areej sementara Qistina, teman sebilik Areej belum
pulang. Mereka menemani Areej yang
sedang geram bercampur marah meluap-luap.
Sejak dari tadi lagi membebel tak henti-henti tentang gangguan Emran
selama MDS berlangsung. Ada-ada saja
yang tak kena pada Areej. Sekejap
meremang bulu tengkuk mereka bila mendengar telahan demi telahan tentang Emran
oleh Areej. Mereka tidak salahkan Areej,
tetapi peristiwa demi peristiwa yang dialami Areej membuatkan gadis itu
berapi. Akhir sekali meradang, bila
Emran muncul demi sebuah perkenalan.
Areej
mengepal penumbuknya.
Samseng
nampak!
Geram!
Aku tak suka
dipermainkan. Aku datang sini belajar
bukan mencari bakal suami.
Kata hati
Areej berulang-ulang.
“Kau gila ke
apa?” Nora berdiri dari duduknya kurang
senang dengan tingkah Areej.
“Orang gila
aje buat begini Nora, aku masih waras.
Pertimbangan aku masih wajar,”
Areej terus mengepal-ngepal penumbuk tanda geram.
“Sabarlah…
lama-lama dia senyap juga tu. Kalau kau
buat tak layan sudah tentu dia takkan kacau kau lagi,” tenang Sarah menasihati.
“Orang waras
tak adanya kacau aku hari-hari. Macam stalker adalah!” wajah keruh Areej tidak peduli pada kata-kata
Sarah. Marah di hati ikutkan sangat.
Mana tahan sabar kalau ada ‘pemburu’ hangat lagi kacak
seperti Emran. Perangai pula tak reti
bahasa. Hisss…tak boleh jadi, tak boleh
jadi. Geleng-geleng kepala Areej.
Sarah dan Nora berpandangan.
“Kau ni ke situ pula,”
buatnya betul-betul pengendap!
Sarah seram mendengar ayat stalker
yang dituturkan oleh Areej itu.
“Kau orang faham tak ni, orang siuman tak buat benda-benda
begini,”
Areej masih tak puas hati.
Dunia hari ini macam-macam kes berlaku.
Sebut saja semuanya tak diterima oleh akal waras. Tapi yang tak logik itu juga yang berlaku
dekad ini.
“Orang tak siuman dah tentu takkan kenalkan diri pada
kau. Aku rasa Emran tu bukan stalker tapi admirer kau,”
Sarah senyum mahu meredakan kehangatan bilik itu dari
perdebatan tentang kekacauan jiwa yang dibuat oleh Emran terhadap Areej.
Sedetik berlalu.
“Orang yang jatuh cinta atau minat kat kau ni,” Nora mengakui tanpa memahami maksud kata-kata
Sarah.
Sarah kerut dahi, Nora ni faham ke tidak maksud admirer yang disebutnya.
“Apa stalker tu?” soalan Nora membuat tawa Sarah dan Areej
meledak.
“Stalker tu
maksudnya pengendap atau pengintip ataupun pemburu, tapi aku lebih akui Emran
tu admirer. Jangan kau tak faham maksud admirer pula?” terang Sarah selepas seketika berhenti
ketawa.
Nora angguk.
“Admirer itu
maksudnya peminat atau pemuja,” sambung
Sarah.
Jadi sesi mengajar pula bukan sesi menyelesaikan masalah
Areej.
Seminit kemudian.
Areej menyambung perbualan yang terhenti. Selepas memberi peluang kepada Sarah untuk
membantu Nora memahami maksud perkataan Bahasa Inggeris itu ke Bahasa
Melayu.
“Adakah orang minat kat aku, yang macam ni…” Areej menggayakan diri di depan
keduanya. Siap bagi pose dirinya, tangan turun naik menunjukkan penampilan dan tubuh
badannya.
Harap keduanya faham.
“Pakaian lusuh kasut lama, harap muka pun tak lawa,” macam berpantun dua kerat pun ada.
“Orang kalau dah kemaruk, takkan nampak semua kekurangan kau
tu,”
Nora menilik atas bawah tubuh Areej.
“Iya!” sokong Sarah, tanda bersetuju.
“Orang dah minat, layan ajelah. Tak mungkin ada dalam realiti pun kisah
begini. Siap intai-intai dan kejar kau
macam bayang-bayang,” Nora membuang
pandang sekejap ke arah Sarah.
“Kau silap Nora! Ini
realitilah ni,” Sarah menepuk tangan.
“Malu, malu aku tahu.
Sudahlah tadi bercupak mata siswa siswi menonton drama panas
petang-petang begini. Lepas ni mana aku
nak letak muka, aku bukan Fisah!” Areej
pegang kepala bagai nak menjerit.
Bengang mendengar ocehan demi ocehan kenalan barunya ini. Ocehan bermaksud kata-kata tidak keruan
(bukan-bukan), ringkasnya celoteh.
“Patutnya kau bangga Areej, ada yang berkenan pada kau. Buat macam Fisah tu…” Sarah mendorong semangat Areej. Areej yang sering mengelak perkenalan pelajar
lelaki.
“Fisah tu gojes!
Femes!” sengaja Areej mengejek
ayat Nora dan Sarah bila merujuk tentang Fisah yang perasan ‘hangat di
pasaran’.
Fisah tu gorgeous! Famous!
– cantik terkenallah sangat gediknya.
Nora dan Sarah senyum penuh erti.
“Gojeslah sangat… ke senget?”
Nora buat aksi selamba, tangannya diawang-awangan.
“Kau ni tak baik tau cakap macam tu…” Sarah menghayun jari telunjuk macam orang
lembut ‘mak nyah’ gitu.
Terkekek-kekek keduanya.
Areej memandang mereka tanpa berkedip.
“Tapi kan… Fisah cakap…” Sarah tersekat-sekat tutur kata.
“Apa dia?” Nora tolak
mesra bahu Sarah, tidak sabar.
“Katanya, Emran tu bekas dia,” Sarah menekup mulut.
Bekas apa pula… Tupperware? Ayat itu menyentap hati Areej.
“Aku dengar ayat tu aje.
Lain-lain aku tak tahu,” Sarah
pandang wajah Areej. Nora tak puas hati
dengan kenyataan Sarah.
“Tak apa. Tak
apa. Nanti aku selidik pada
Khalida,”
Walaupun Sarah dan Fisah sebilik tapi mereka lebih suka buat
hal masing-masing.
“Erm… bukankah kau sebilik dengan Fisah?” Areej melihat Sarah. Serentak dua pasang mata memandang Sarah
sebaik ayat itu dituturkan oleh Areej.
“Okey-okey. Nanti aku
korek dari Fisah sendiri,” Sarah akur
dengan tangan tanda ok. Tak pasal-pasal
dia kena jadi penyiasat tak berbayar.
Apa-apa saja untuk Areej.
Fisah adalah pelajar baru, tetapi suka bersosial. Kerana minatnya itu dia pernah berkenalan
dengan Emran. Maklumat itu belum tahu
betul atau tidak. Sarah cuma mendengar
dari Fisah yang berlagak bila bicara soal bekas-beas teman lelaki.
“Yang aku faham… dalam konteks mereka ya, kalau perkataan
bekas ni bermaksud pernah jadi teman istimewa Emran kut!” Nora bangun duduk dari katil Areej.
Sarah sengih.
“Agak-agak kaulah, siapa tinggalkan siapa?”
Bukan main lagi mereka berbual.
“Aku rasa Emran yang tinggalkan Fisah. Mana ada lelaki yang tahan dengan sikap Fisah
tu. Tak sedar diri. Berlagak nak mampus!” Nora melepaskan geram.
Areej cuma menggeleng mendengar kata-kata mereka.
“Eh! Kau orang dah
kira mengumpat dah tu,” Areej tidak mahu
masuk campur dalam hal-hal tepi kain orang.
“Kau orang tahu maksud mengumpat itu menceritakan hal yang
buruk-buruk atau mencela orang lain di belakangnya. Mengata-ngatai atau memarahi atau mengutuk
orang kerana berlaku sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jadi, aku rasa Fisah tak pernah berbuat
sesuatu yang tidak baik pada kita kan?
Cuma kita tidak senang sikap gedik dia tu aje?” Areej
menasihati.
Serentak sesaat keduanya diam sesaat.
“Bukankah kita sedang bincang pasal aku kena stalker?”
Areej membawa keduanya ke topik asal semula.
Dalam waktu yang sama azan asar berkumandang. Mendengar azan dari masjid universiti membuat
perbincangan mereka serta-merta tamat.
Areej diam mendengar kalimat-kalimat tertentu yang dilaungkan untuk
memanggil orang bersembahyang atau dipanggil bang.
Senyap lima minit.
Nora dan Sarah mengambil kesempatan meneliti wajah
Areej. Bila dipandang wajah Areej mereka
terkesan rasa gelisah. Macam kena tiupan
angin puting beliung. Pelbagai wacana
ekspresi tergambar di wajah Areej.
Mereka sendiri turut tanda tanya.
Hanya satu yang terlintas di kepala masing-masing.
Areej takut jatuh cinta!
Biar betul?!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan