Rabu, 27 Mei 2015

BERAT BADAN BERTAMBAH?



KURANG TIDUR TAMBAHKAN BERAT BADAN

Percayakah jika dikatakan bahawa jika kita kurang tidur, kita sebenarnya mendedahkan diri kita ke arah pertambahan berat badan dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang?  Kenyataan ini bukanlah rekaan semata-mata malah merupakan kajian terperinci yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat.

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.  Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan – mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormone yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormone pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

“Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah satu tips berguna,” kata pakar tidur university berkenaan, Dr. Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73% lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur 7-9 jam lamanya.

Kajian terbaru yang dikeluarkan semalam turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.  Daripada jumlah itu, 14.90% responden tidur hanya 5 jam mencatatkan hormone ghrelin yang meningkat selera makan.

Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa  kenyang.  Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

“Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan.”


Selasa, 26 Mei 2015

JOM CUKUP AMALKAN CUKUP TIDUR



FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

 

Tahukah anda bahwa tidur punya fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain.

Penelitian menemukan bahwa tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidur lebih sedikit mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Tapi ini boleh kembali normal sekiranya anda boleh tidur lena selama seminggu. Betapa tidak menguntungkan bukan? Tapi jangan juga menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun banyak yang hanya menghabiskan waktu selama 5 jam saja untuk istirehat. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambah tinggi risiko masalah kardiovaskular.

Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya, ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh, tidur boleh mempertingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune anda. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh membuat depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah, ditambah otak tak boleh berfikir dengan baik. Banyak kes bunuh diri yang terjadi kerana hal ini.

Fakta Menarik tentang Tidur

* Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.

* Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar.

* Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.

* Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.

* Suhu tubuh anda akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

* Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa orang tua selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana Tidur yang Sehat?

  1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari musik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.
  1. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman.
  1. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.
  1. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.
  1. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.