Jumaat, 27 April 2012

Kerja Atau Kesihatan Atau Percutian


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Begitu lama masa yang saya ambil untuk masuk semula ke sini.  Menulis satu catatan baru yang akan menjadi sebuah nota dan nostalgia.  Untuk makluman semua, blog ini bukan tidak aktif tetapi saya sedang dalam tahap kesibukan melampau kerana dunia auditing mempunyai due date tersendiri.  Kesibukan itulah yang menghalang saya dari mencoret sedikit kisah di blog ini.  Ditambah lagi kesihatan saya semakin merosot.  Saya memerlukan rehat yang panjang, tetapi saya juga memerlukan rawatan alternatif yang lain.  Adakah saya mampu melaluinya tanpa mengikut jadual ketat seperti berikut : 
  1. Mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh +/- 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan makanan segera.
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi ubat milk of magnesia dan sebagainya.

Mengelakkan makanan seperti di atas sedangkan saya tidak mengetahui makanan jenis apakah yang sesuai di makan oleh saya?  Boleh tak saudara saudari sekalian memberikan cadangan jenis makanan untuk saya?

Selain itu, sempena KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOKS FAIR 2012.  yang diadakan pada 27 April Sehingga 6 Mei 2012.  Saya akan hadir ke PWTC pada 28 April sebagai pengunjung.  Insya'Allah.  Jika diizinkan ALLAH kita akan bertemu dan bersua muka.

Harapan saya agar kesihatan saya pulih sediakala, kerja saya selesai dengan sempurna dan pergi dan balik saya ke Kuala Lumpur dengan perjalanan yang selamat.

Terima kasih daun keladi, lain masa kita bercerita lagi.

27/04/2012 - 09.07am